Showing posts with label purple. Show all posts
Showing posts with label purple. Show all posts

Monday, May 9, 2011

Persandingan Amirah dan Fauzan

Ingat x lagi sebelum ni saya ada memeriahkan majlis pertunangan Amirah? 1 May lepas sy berpeluang memeriahkan majlis persandingan mereka pula. Kali ini dengan tema purple dan silver. Jom kita lihat hasilnya.

Pelamin untuk raja sehari


Padanan purple dan silver

Persalinan yang dipakai oleh Amirah adalah koleksi terbaru yang terdapat di Andaman Qistina Balqis. Alhamdulliah mix dan match dengan warna purple menjadi. Kalau nak lihat koleksi Andaman Qistina Balqis yang lain, boleh la klik di sini. Blog ini akan di update dari masa ke semasa.

Solekan untuk Amirah


Solekan untuk Outdoor

Masih lagi menunggu gambar dari photographer. Kami di pihak Andaman Qistina Balqis mengucapkan selamat pengantin baru kepada Amirah dan Fauzan. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Wednesday, January 26, 2011

Persandingan Nusyafik dan Pasangan

Salam semua. Hari ni nak buat entry pasal hasil kerja saya pada 22 Jan lepas. Baru hari ni berkesempatan nak post di blog kesayangan saya ni. Hari ni pun saya akan pasang pelamin di tangkak. Hari sabtu hari bahagianya pulak. Seronok rasa dpt meriah kan majlis org.

Ok, kali ni saya di beri kepercayaan oleh Nusyafik dan pasangannya untuk majlis mereka. Jom lihat hasil kerja saya. :)

Pelamin dengan Tema Purple Putih

Make Up in Progress

Done! Make up untuk majlis akad nikah

Tertarik betul saya dengan tok kadi ni. bukan main dengan laptop nyer. Mungkin tengah update facebook. :) Untuk kali ni pasangan ni memilih tema purple putih untuk pelamin dan persalinan mereka. Lagi gmbar di sekitar majlis.

Pasangan bahagia

Tersenyum riang pengantin kita ni. :)

Acara kutip tol. Menarik sangat2.

Seni Silat untuk pengantin baru

Bila mata bertentang mata

Menanti putera idaman

Dalam persalinan gaun putih

Kami di Andaman Qistina Balqis berdoa semoga mahligai yang di bina terus berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah..

Thursday, August 12, 2010

Persandingan Aza Dan Pasangan

Salam semua, hari ni saya nak upload sket gambar untuk majlis pernikahan dan persandingan Aza dan pasangannya di Serkam Melaka pada 31 July yang lepas. Alhamdullilah sume berjalan lancar. So mari kita lihat hasil kerja tangan saya =)

Wajah aza sebelum di Make Up.

Aza selepas di make over

Saya mengandam Aza untuk semasa majlis bertandang sebelah Malam, Siang sebelah lelaki dan perempuan dan majlis Akad Nikahnya. Aza ni manis orangnya. Kulit pun xbanyak masalah. Jadi kerja make up saya lebih mudah.

Sekitar Majlis Akad Nikah:


Sekitar Majlis Persandingan Sebelah Malam


Sekitar Majlis Persandingan Siang - Belah Pengantin Lelaki



Sekitar Majlis Persandingan Siang - Belah Pengantin Perempuan

Persalinan


Saya bersama Aza

Untuk pakej yang di ambil oleh Aza, hanya RM1600 sahaja dikenakan. Terima kasih kepada Aza kerana menggunakan khidmat Andaman Qistina Balqis. Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan selamat pengantin baru, semoga kekal hingga ke anak cucu dan selamat berpuasa kepada semua umat islam.