Showing posts with label pengantin. Show all posts
Showing posts with label pengantin. Show all posts

Friday, May 27, 2011

Majlis persandingan Adah dan Pasangan

Banyak enrty belum dimasukkan, saya masih lagi mencari gambar yang sesuai dan menarik untuk dikongsi kepada pengunjung blog kesayangan saya ni. :). Nanti saya masukkan sikit2 yer..

Hari ni majlis persandingan Adah dan pasangan. Semalam 27 May, majlis nikahnya. Gambar Nikah akan saya upload kemudian. Buat masa ni mari kita lihat solekan Adah untuk majlis nikahnya.


Pelamin untuk Adah dan Pasangan


Adah sebelum di Makeover



Adah selepas di makeover untuk majlis Nikah


Saya dan Adah



Makeup Adah untuk Majlis Persandingannya

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Semoga mahligai yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

p/s: Maaf kerana quality gambar yang kurang memuaskan. Sekiranya ada gambar dari pihak2 lain, kami akan berkongsi dimasa akan dtg. :)

Sunday, February 6, 2011

Persandingan Seha dan Pasangan

Salam Semua. Selamat tahun baru cina dan selamat bercuti. Musim cuti kali ni mmg xmenang tangan saya di buatnya. Bermula dari hari khamis, jumaat, sabtu, ahad, mmg full dengan majlis persandingan dan majlis pertunangan. Kali ni saya di beri kepercayaan oleh cik adik Seha kita untuk majlis bersanding dan majlis bertandang di sebelah lelaki. Jom kita lihat hasilnya.

Pelamin Raja Sehari

Majlis sebelah perempuan berlangsung di Tangkak dan majlis sebelah lelaki berlangsung di Jasin.

Wajah Seha sebelum Di Make Over

Makeover sebelah Lelaki

Makeover Sebelah Perempuan

Pasangan Bahagia

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. semoga ikatan yang di bina akan kekal utuh hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Wednesday, January 26, 2011

Persandingan Nusyafik dan Pasangan

Salam semua. Hari ni nak buat entry pasal hasil kerja saya pada 22 Jan lepas. Baru hari ni berkesempatan nak post di blog kesayangan saya ni. Hari ni pun saya akan pasang pelamin di tangkak. Hari sabtu hari bahagianya pulak. Seronok rasa dpt meriah kan majlis org.

Ok, kali ni saya di beri kepercayaan oleh Nusyafik dan pasangannya untuk majlis mereka. Jom lihat hasil kerja saya. :)

Pelamin dengan Tema Purple Putih

Make Up in Progress

Done! Make up untuk majlis akad nikah

Tertarik betul saya dengan tok kadi ni. bukan main dengan laptop nyer. Mungkin tengah update facebook. :) Untuk kali ni pasangan ni memilih tema purple putih untuk pelamin dan persalinan mereka. Lagi gmbar di sekitar majlis.

Pasangan bahagia

Tersenyum riang pengantin kita ni. :)

Acara kutip tol. Menarik sangat2.

Seni Silat untuk pengantin baru

Bila mata bertentang mata

Menanti putera idaman

Dalam persalinan gaun putih

Kami di Andaman Qistina Balqis berdoa semoga mahligai yang di bina terus berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah..

Thursday, November 25, 2010

Review Persandingan Khairul Akmar dan Lydia

Salam semua..ni ade sedikit review untuk majlis persandingan khairul Akhmar dan pasangannya Lydia. Pelaminnya saya pasang pada hari khamis. Inilah hasilnya, pelamin dengan tema biru putih.



Dan hari ini, 27hb, tibalah hari bersanding untuk pasangan mempelai ini. Dan ini pula hasil make up untuk lydia semperna majlis persandingannya.

Transformation in progress - Lydia Before





Wajah Lydia Selepas disolek


Wajah ceria pasangan raja sehari

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Khairul dan Lydia. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana mempercayai Andaman Qistina balqis untuk majlis bersejarah mereka.

Sunday, November 7, 2010

Wedding Iena dan Wan

Lama x update blog..hari ni selepas balik dr mengandam untuk majlis pertunangan di kemendor baru sy berkesempatan nak berblogging..mengupdate mana yang patut..

kali ni sy nak paparkan hasil kerja tangan saya untuk majlis persandingan Iena dan Wan..Si Iena ni gadis tinggi lampai yang juga menggunakan khidmat sy semasa majlis pertunangannya..terima kasih sgt2 atas sokongan kepada Andaman Qistina Balqis..Gambar2 yang sy paparkan ni pun hasil ikhsan dari mr photographer ~ Shah Crazyphoto..Jadi, jum tengok2 hasilnya..

Tema pink putih dengan gabungan bunga segar untuk pelamin

Sekitar Outdoor Shooting

Iena dalam Persalinan

AndamanQistinaBalqis in Action..:)

Saya dan Iena

Sekitar majlis pernikahan

Saya dan dayang2..:)

Semasa majlis persandingan Iena dan Wan, pasangan ini memilih tema pink lembut dan malangnya saya xberkempatan nak amik gmbar2 semasa majlis persandingannya..tp di sini saya sertakan baju persalinannya yang berasaskan laces dan songket..mmg sgt2 cantik.

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan Iena dan Wan yang menggunakan khidmat Andaman Qistina Balqis dari majlis pertunangan hinggalah majlis penyatuan mereka berdua. Semoga mahligai yang di bina akan berkekalan hingga ke akhir hayat..InsyaAllah..