Thursday, March 24, 2011

Majlis Pertunangan Sara - 20 March 2011

Lagi bakal pengantin yang menggunakan khidmat saya untuk majlis pertunangan. Terima kasih tidak terhingga kepada Sara dan keluarga atas kepercayaan yang diberi. Mari lihat hasilnya.


Sara sebelum makeover



Sara selepas makeover

Semoga sarah dan pasangan akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya kekal hingga ke akhir hayat.

Majlis Persandingan Hadijah dan Izrul - 13 March 2011

Last week 13hb saya mengandam di Asahan. Kali ini pengantin hanya menggunakan khidmat andaman saya sahaja untuk majlis persandingan dan majlis akad nikah. Sementara pelamin dan lain-lain diilhamkan sendiri oleh pihak pengantin. Majlis yang sederhana tetapi sangat meriah. Jom kita lihat hasilnya.

Dijah sebelum make over



Make up ringkas untuk majlis akad nikah


Persiapan untuk majlis persandingan


Solekan untuk majlis persandingan

Dalam persalinan hijau coklat

Selamat pengantin baru dari pihak kami dan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada Andaman Qistina Balqis untuk memeriahkan majlis Hadijah dan Izrul. Semoga mahligai yang di bina berkekalan hingga akhir hayat.

Monday, February 14, 2011

Pakej Terbaru Di Andaman Qistina Balqis

Salam semua. hari ni sy nak cerita pasal pakej2 baru yang Andaman Qistina Balqis dh sediakan berdasarkan feedback dr readers dan dr kawan2 yang bnyak menyokong Andaman Qistina Balqis ni.

Pakej2 terbaru sy ni, masih di harga yang sangat berpatutan dan masih under budget. Sesuai untuk bakal pengantin yang masih tercari2 harga yang bersesuaian dengan budget mereka. Untuk pakej perkahwinan, terdapat 4 pakej yang di sediakan:

~PAKEJ PERKAHWINAN~


Pakej A (RM1000)

* 1 set Pelamin
* Baju Sanding Lelaki dan Perempuan
* 1 x Make up

Pakej B (RM1400)

* 1 set Pelamin
* Baju Sanding Lelaki dan Perempuan
* Baju Nikah Lelaki dan Perempuan termasuk Bantal Nikah
* 4x Persalinan
* 1x Make Up

Pakej C (RM1800)

* 1 set Pelamin
* Baju Sanding Siang Dan Malam Lelaki dan Perempuan
* Baju Nikah Lelaki dan Perempuan termasuk Bantal Nikah
* 5x Persalinan
*
Persiapan Bilik Tidur
* 2X Make Up

Pakej Kembar (RM2700) - Pakej Khas untuk Majlis di pihak lelaki dan perempuan

* 2 sets Pelamin
* Baju Sanding Siang dan Malam
Lelaki dan Perempuan (Pihak Perempuan)
*
Baju Sanding
Siang
Lelaki dan Perempuan (Pihak Lelaki)
* Baju Nikah Lelaki dan Perempuan termasuk Bantal Nikah
* 5x Persalinan
* Persiapan Bilik Tidur
* 4X Make Up

~PAKEJ PERTUNANGAN~

Pakej A (RM250)

* Satu Persalinan Pertunangan
*
Accessories
* 1 x Make up

Pakej B (RM500)

* 1 Set Mini Pelamin
* Satu Persalinan Pertunangan
*
Accessories
* 1 x Make up

Sekiranya anda mempunyai soalan berkaitan dengan pakej yang disediakan jangan segan2 untuk berhubung dengan pihak Andaman Qistina Balqis - NORA - 017-6339359. Pihak kami bersedia menjawab segala pertanyaan anda.

Monday, February 7, 2011

Majlis Pertunangan Adila

Selain majlis Seha dan suami, saya juga berkesempatan memeriahkan satu lagi majlis pertunangan. Jom kita jamu mata dengan majlis pertunangan Adila

Adila sebelum Makeover


Makeover Done. :)

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan selamat bertunang kepada kedua belah pihak. Terima kasih kerana mempercayai khidmat Andaman Qistina Balqis. Semoga mahligai yang bakal dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Sunday, February 6, 2011

Persandingan Seha dan Pasangan

Salam Semua. Selamat tahun baru cina dan selamat bercuti. Musim cuti kali ni mmg xmenang tangan saya di buatnya. Bermula dari hari khamis, jumaat, sabtu, ahad, mmg full dengan majlis persandingan dan majlis pertunangan. Kali ni saya di beri kepercayaan oleh cik adik Seha kita untuk majlis bersanding dan majlis bertandang di sebelah lelaki. Jom kita lihat hasilnya.

Pelamin Raja Sehari

Majlis sebelah perempuan berlangsung di Tangkak dan majlis sebelah lelaki berlangsung di Jasin.

Wajah Seha sebelum Di Make Over

Makeover sebelah Lelaki

Makeover Sebelah Perempuan

Pasangan Bahagia

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. semoga ikatan yang di bina akan kekal utuh hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Sunday, January 30, 2011

Majlis Pertunangan Amirah - 29 Jan 2011

Assalamualaikum semua. 2 hari lepas saya di beri tanggungjawab untuk solekan cikgu amirah di kesang. Solekan semperna majlis pertunangannya. Pada hari ni saya dapat job smpai 2 tempat. satu di Tangkak dan satu di Kesang. kena pandai la lari ke sana ke mari. Alhamdulillah. semuanya berjalan lancar. Jadi jom kita tengok hasilnya.

Wajah Amirah sebelum di Make Over

Makeover in Progress

Mengenakan baju kurung berwarna gold lembut. Serba sederhana tp sudah cukup menyerlahkan keayuan amirah. ;)

Tersenyum manis

Hasil selepas di makeover

Si Adik pulak ingin mencuba hasil kerja tangan saya. Nak yang ringkas2 dan nampak natural je katanya. Saya ni bile di mntak make upkan org mmg saya x menolak. Mmg hobi saya pun. :).

Si Adik sebelum Makeover

Makeover Done!

Si adik dan Kakak

Terima kasih kepada pihak Amirah dan keluarga kerana mempercayai khidmat Andaman Qistina Balqis. Semoga mahligai yang bakal di bina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.Amin..

Wednesday, January 26, 2011

Persandingan Nusyafik dan Pasangan

Salam semua. Hari ni nak buat entry pasal hasil kerja saya pada 22 Jan lepas. Baru hari ni berkesempatan nak post di blog kesayangan saya ni. Hari ni pun saya akan pasang pelamin di tangkak. Hari sabtu hari bahagianya pulak. Seronok rasa dpt meriah kan majlis org.

Ok, kali ni saya di beri kepercayaan oleh Nusyafik dan pasangannya untuk majlis mereka. Jom lihat hasil kerja saya. :)

Pelamin dengan Tema Purple Putih

Make Up in Progress

Done! Make up untuk majlis akad nikah

Tertarik betul saya dengan tok kadi ni. bukan main dengan laptop nyer. Mungkin tengah update facebook. :) Untuk kali ni pasangan ni memilih tema purple putih untuk pelamin dan persalinan mereka. Lagi gmbar di sekitar majlis.

Pasangan bahagia

Tersenyum riang pengantin kita ni. :)

Acara kutip tol. Menarik sangat2.

Seni Silat untuk pengantin baru

Bila mata bertentang mata

Menanti putera idaman

Dalam persalinan gaun putih

Kami di Andaman Qistina Balqis berdoa semoga mahligai yang di bina terus berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah..