Sunday, January 30, 2011

Majlis Pertunangan Amirah - 29 Jan 2011

Assalamualaikum semua. 2 hari lepas saya di beri tanggungjawab untuk solekan cikgu amirah di kesang. Solekan semperna majlis pertunangannya. Pada hari ni saya dapat job smpai 2 tempat. satu di Tangkak dan satu di Kesang. kena pandai la lari ke sana ke mari. Alhamdulillah. semuanya berjalan lancar. Jadi jom kita tengok hasilnya.

Wajah Amirah sebelum di Make Over

Makeover in Progress

Mengenakan baju kurung berwarna gold lembut. Serba sederhana tp sudah cukup menyerlahkan keayuan amirah. ;)

Tersenyum manis

Hasil selepas di makeover

Si Adik pulak ingin mencuba hasil kerja tangan saya. Nak yang ringkas2 dan nampak natural je katanya. Saya ni bile di mntak make upkan org mmg saya x menolak. Mmg hobi saya pun. :).

Si Adik sebelum Makeover

Makeover Done!

Si adik dan Kakak

Terima kasih kepada pihak Amirah dan keluarga kerana mempercayai khidmat Andaman Qistina Balqis. Semoga mahligai yang bakal di bina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.Amin..

Wednesday, January 26, 2011

Persandingan Nusyafik dan Pasangan

Salam semua. Hari ni nak buat entry pasal hasil kerja saya pada 22 Jan lepas. Baru hari ni berkesempatan nak post di blog kesayangan saya ni. Hari ni pun saya akan pasang pelamin di tangkak. Hari sabtu hari bahagianya pulak. Seronok rasa dpt meriah kan majlis org.

Ok, kali ni saya di beri kepercayaan oleh Nusyafik dan pasangannya untuk majlis mereka. Jom lihat hasil kerja saya. :)

Pelamin dengan Tema Purple Putih

Make Up in Progress

Done! Make up untuk majlis akad nikah

Tertarik betul saya dengan tok kadi ni. bukan main dengan laptop nyer. Mungkin tengah update facebook. :) Untuk kali ni pasangan ni memilih tema purple putih untuk pelamin dan persalinan mereka. Lagi gmbar di sekitar majlis.

Pasangan bahagia

Tersenyum riang pengantin kita ni. :)

Acara kutip tol. Menarik sangat2.

Seni Silat untuk pengantin baru

Bila mata bertentang mata

Menanti putera idaman

Dalam persalinan gaun putih

Kami di Andaman Qistina Balqis berdoa semoga mahligai yang di bina terus berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah..

Monday, December 27, 2010

Persandingan Masitah dan Pasangan

Salam semua..lagi berapa hari je bulan 12 nak berakhir.sekolah pun dh nak bermula..ibu bapa mula la sibuk dengan barang sekolah anak2..termasuk la saya. tp masih berkesempatan dengan andaman lagi. alhamdulillah.

On last sunday, berkesmpatan mengandam seorang cikgu ni. Masitah namanya. Nama suami mmg dh lupa. tp kedua mempelai ni mmg peramah orangnya. Mengenakan tema hijau untuk pelamin dan busana pengantin mereka. Ini majlis sambut menantu. So majlis mmg simple tp meriah.

pelamin tema hijau serba ringkas

Masitah ni anak kelahiran kelantan. Bakal ustazah katanya. orangnya mmg lemah lembut tp peramah.

masitah sebelum di makeover

Wajah masitah selepas di makeover

Terima kasih kepada pihak masitah dan keluarga kerana mempercayai khidmat Andaman Qistina Balqis. Kalau dh dpt gmbar dr pihak pengantin akan saya uploadkan nnt. Apa pun, selamat pengantin baru dr pihak kami. semoga mahligai yang di bina berkekalan hingga ke akhir hayat. Insya Allah.

Tuesday, December 7, 2010

Majlis Pertunangan Dila - 5 Dec 2010

Salam semua..bertemu kembali ya..kali ni saya berkesempatan menyolek cik adik manis - Dila namanya pada 5 Dec lepas..Org nya kecil molek je..jom tengok hasil kerja saya..:)

cute betul si dila ni..muka baby face..ni sebelum di make over ya..


Transformation in progress

done!..Dila selepas di solek

Ha..ini la hasilnya..sbb comel n berbadan kecil nmpak comel je..solekan untuk pertunangan mmg ringkas. terima kasih kepada dila kerana memberi kepercayaan kepada pihak andaman qistina balqis untuk majlis bahagianya.

Sunday, November 28, 2010

Persandingan Pasangan MAzi dan Jal - 28 Nov 2010

Salam semua.. Semalam saya berkesempatan pula untuk menyerikan majlis persandingan pasangan Mazi dan Jal. Cuti sekolah ni mmg ramai yang amik peluang untuk melangsungkan perkahwinan. Jadi jom kita lihat hasilnya.

Wajah Mazi sebelum dimakeover. Orangnya berwajah cerah dan kulitnya mmg tiada masalah.

Wajah mazi selepas di makeover. Lengkap dengan sanggul lintang

Maaf gambar agak blur sebab just guna hp je untuk snap pic2 ni sume. Kalau ada lagi dr jurugambar akan saya masukkan. Hari ni saya sibuk nak bukak pelamin pulak. Penat badan mmg terasa. Demi kerja kena kuatkan semangat jugak. Tp rs puas hati bile dpt memeriahkan majlis org. Terima kasih sgt2 kerana mempercayai khidmat Andaman Qistina Balqis. Kami di sini mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai ini. semoga mahligai yang dibina berkekalan hendaknya, InsyaAllah..

Thursday, November 25, 2010

Review Persandingan Khairul Akmar dan Lydia

Salam semua..ni ade sedikit review untuk majlis persandingan khairul Akhmar dan pasangannya Lydia. Pelaminnya saya pasang pada hari khamis. Inilah hasilnya, pelamin dengan tema biru putih.



Dan hari ini, 27hb, tibalah hari bersanding untuk pasangan mempelai ini. Dan ini pula hasil make up untuk lydia semperna majlis persandingannya.

Transformation in progress - Lydia Before





Wajah Lydia Selepas disolek


Wajah ceria pasangan raja sehari

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Khairul dan Lydia. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana mempercayai Andaman Qistina balqis untuk majlis bersejarah mereka.

Tuesday, November 23, 2010

Majlis Pernikahan Zana dan Pasangan - 19 Nov 2010

Salam Semua. Mcm yang saya ceritakan di entry lepas, 19,20 dan 21 mmg saya sibuk banget..dengan tempahan semua. Alhamdullilah rezeki dari Allah. Moga berterusan hendaknya..Amin..
Kali ni saya nak paparkan majlis pernikahan Pn Zana dan pasangannya. buat masa ni, ini sj gmbar yang ada. majlis ni berlangsung pada hari jumaat lepas. 19 Nov 2010.dr masa ke semasa akan sy uploadkan lagi. Jom jamu mata..

Zana sebelum makeover

Wajah zana ni mmg xde masalah..mudahlah saya nak make up..

Zana selepas makeover

Dengan pilihan warna oren..inilah hasilnya selepas zana dimakeover. Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan selamat pengantin baru kepada zana dan suami. semoga perkawinan yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. terima kasih kerana menggunakan khidmat Andaman Qistina Balqis.