Friday, May 27, 2011

Makeover Dinner

Minggu lepas hari guru, saya berkesempatan makeover cikgu Liza untuk majlis makan malamnya. Cikgu Liza ni cikgu anak saya, jadi memang besar hati dapat makeover cikgu kecil molek ni.


Cikgu Liza yang kecil molek


Makeover Done

Macamana makeovernya? Alhamdullilah cikgu Liza berpuas hati dan pihak Andaman Qistina Balqis pun gembira kerana dia menyukainya. Untuk makeup dinner begini, saya hanya mengenakan rm80 sahaja. Untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di 0176339359

Buat cikgu Liza, Selamat hari Guru. :)

Majlis persandingan Adah dan Pasangan

Banyak enrty belum dimasukkan, saya masih lagi mencari gambar yang sesuai dan menarik untuk dikongsi kepada pengunjung blog kesayangan saya ni. :). Nanti saya masukkan sikit2 yer..

Hari ni majlis persandingan Adah dan pasangan. Semalam 27 May, majlis nikahnya. Gambar Nikah akan saya upload kemudian. Buat masa ni mari kita lihat solekan Adah untuk majlis nikahnya.


Pelamin untuk Adah dan Pasangan


Adah sebelum di Makeover



Adah selepas di makeover untuk majlis Nikah


Saya dan Adah



Makeup Adah untuk Majlis Persandingannya

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Semoga mahligai yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

p/s: Maaf kerana quality gambar yang kurang memuaskan. Sekiranya ada gambar dari pihak2 lain, kami akan berkongsi dimasa akan dtg. :)

Monday, May 9, 2011

Persandingan Amirah dan Fauzan

Ingat x lagi sebelum ni saya ada memeriahkan majlis pertunangan Amirah? 1 May lepas sy berpeluang memeriahkan majlis persandingan mereka pula. Kali ini dengan tema purple dan silver. Jom kita lihat hasilnya.

Pelamin untuk raja sehari


Padanan purple dan silver

Persalinan yang dipakai oleh Amirah adalah koleksi terbaru yang terdapat di Andaman Qistina Balqis. Alhamdulliah mix dan match dengan warna purple menjadi. Kalau nak lihat koleksi Andaman Qistina Balqis yang lain, boleh la klik di sini. Blog ini akan di update dari masa ke semasa.

Solekan untuk Amirah


Solekan untuk Outdoor

Masih lagi menunggu gambar dari photographer. Kami di pihak Andaman Qistina Balqis mengucapkan selamat pengantin baru kepada Amirah dan Fauzan. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Monday, March 28, 2011

Majlis persandingan Nieza dan Hafis

Hari sabtu lepas 26 March 2011, sy berpeluang memeriahkan majlis persandingan Nieza dan Haris.
Kali ini pasangan ini menggunakan khidmat saya untuk pelamin, make up, bilik tdur, outdoor dan persalinan.
Pelamin Berlatarkan merah

Nieza before makeover

Transformation in progress

Make Done untuk Majlis akad Nikah

Dengan persalinan merah hitam

Dalam persalinan gaun putih

Dalam persalinan ala hindustan

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Semoga mahligai yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Gambar adalah sebahagian dari pihak saya dan sebahagian lagi dr Butangraphy Butang.

Thursday, March 24, 2011

Majlis Pertunangan Sara - 20 March 2011

Lagi bakal pengantin yang menggunakan khidmat saya untuk majlis pertunangan. Terima kasih tidak terhingga kepada Sara dan keluarga atas kepercayaan yang diberi. Mari lihat hasilnya.


Sara sebelum makeover



Sara selepas makeover

Semoga sarah dan pasangan akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya kekal hingga ke akhir hayat.

Majlis Persandingan Hadijah dan Izrul - 13 March 2011

Last week 13hb saya mengandam di Asahan. Kali ini pengantin hanya menggunakan khidmat andaman saya sahaja untuk majlis persandingan dan majlis akad nikah. Sementara pelamin dan lain-lain diilhamkan sendiri oleh pihak pengantin. Majlis yang sederhana tetapi sangat meriah. Jom kita lihat hasilnya.

Dijah sebelum make over



Make up ringkas untuk majlis akad nikah


Persiapan untuk majlis persandingan


Solekan untuk majlis persandingan

Dalam persalinan hijau coklat

Selamat pengantin baru dari pihak kami dan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada Andaman Qistina Balqis untuk memeriahkan majlis Hadijah dan Izrul. Semoga mahligai yang di bina berkekalan hingga akhir hayat.

Monday, February 14, 2011

Pakej Terbaru Di Andaman Qistina Balqis

Salam semua. hari ni sy nak cerita pasal pakej2 baru yang Andaman Qistina Balqis dh sediakan berdasarkan feedback dr readers dan dr kawan2 yang bnyak menyokong Andaman Qistina Balqis ni.

Pakej2 terbaru sy ni, masih di harga yang sangat berpatutan dan masih under budget. Sesuai untuk bakal pengantin yang masih tercari2 harga yang bersesuaian dengan budget mereka. Untuk pakej perkahwinan, terdapat 4 pakej yang di sediakan:

~PAKEJ PERKAHWINAN~


Pakej A (RM1000)

* 1 set Pelamin
* Baju Sanding Lelaki dan Perempuan
* 1 x Make up

Pakej B (RM1400)

* 1 set Pelamin
* Baju Sanding Lelaki dan Perempuan
* Baju Nikah Lelaki dan Perempuan termasuk Bantal Nikah
* 4x Persalinan
* 1x Make Up

Pakej C (RM1800)

* 1 set Pelamin
* Baju Sanding Siang Dan Malam Lelaki dan Perempuan
* Baju Nikah Lelaki dan Perempuan termasuk Bantal Nikah
* 5x Persalinan
*
Persiapan Bilik Tidur
* 2X Make Up

Pakej Kembar (RM2700) - Pakej Khas untuk Majlis di pihak lelaki dan perempuan

* 2 sets Pelamin
* Baju Sanding Siang dan Malam
Lelaki dan Perempuan (Pihak Perempuan)
*
Baju Sanding
Siang
Lelaki dan Perempuan (Pihak Lelaki)
* Baju Nikah Lelaki dan Perempuan termasuk Bantal Nikah
* 5x Persalinan
* Persiapan Bilik Tidur
* 4X Make Up

~PAKEJ PERTUNANGAN~

Pakej A (RM250)

* Satu Persalinan Pertunangan
*
Accessories
* 1 x Make up

Pakej B (RM500)

* 1 Set Mini Pelamin
* Satu Persalinan Pertunangan
*
Accessories
* 1 x Make up

Sekiranya anda mempunyai soalan berkaitan dengan pakej yang disediakan jangan segan2 untuk berhubung dengan pihak Andaman Qistina Balqis - NORA - 017-6339359. Pihak kami bersedia menjawab segala pertanyaan anda.