Sunday, November 28, 2010

Persandingan Pasangan MAzi dan Jal - 28 Nov 2010

Salam semua.. Semalam saya berkesempatan pula untuk menyerikan majlis persandingan pasangan Mazi dan Jal. Cuti sekolah ni mmg ramai yang amik peluang untuk melangsungkan perkahwinan. Jadi jom kita lihat hasilnya.

Wajah Mazi sebelum dimakeover. Orangnya berwajah cerah dan kulitnya mmg tiada masalah.

Wajah mazi selepas di makeover. Lengkap dengan sanggul lintang

Maaf gambar agak blur sebab just guna hp je untuk snap pic2 ni sume. Kalau ada lagi dr jurugambar akan saya masukkan. Hari ni saya sibuk nak bukak pelamin pulak. Penat badan mmg terasa. Demi kerja kena kuatkan semangat jugak. Tp rs puas hati bile dpt memeriahkan majlis org. Terima kasih sgt2 kerana mempercayai khidmat Andaman Qistina Balqis. Kami di sini mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai ini. semoga mahligai yang dibina berkekalan hendaknya, InsyaAllah..

Thursday, November 25, 2010

Review Persandingan Khairul Akmar dan Lydia

Salam semua..ni ade sedikit review untuk majlis persandingan khairul Akhmar dan pasangannya Lydia. Pelaminnya saya pasang pada hari khamis. Inilah hasilnya, pelamin dengan tema biru putih.



Dan hari ini, 27hb, tibalah hari bersanding untuk pasangan mempelai ini. Dan ini pula hasil make up untuk lydia semperna majlis persandingannya.

Transformation in progress - Lydia Before





Wajah Lydia Selepas disolek


Wajah ceria pasangan raja sehari

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Khairul dan Lydia. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana mempercayai Andaman Qistina balqis untuk majlis bersejarah mereka.

Tuesday, November 23, 2010

Majlis Pernikahan Zana dan Pasangan - 19 Nov 2010

Salam Semua. Mcm yang saya ceritakan di entry lepas, 19,20 dan 21 mmg saya sibuk banget..dengan tempahan semua. Alhamdullilah rezeki dari Allah. Moga berterusan hendaknya..Amin..
Kali ni saya nak paparkan majlis pernikahan Pn Zana dan pasangannya. buat masa ni, ini sj gmbar yang ada. majlis ni berlangsung pada hari jumaat lepas. 19 Nov 2010.dr masa ke semasa akan sy uploadkan lagi. Jom jamu mata..

Zana sebelum makeover

Wajah zana ni mmg xde masalah..mudahlah saya nak make up..

Zana selepas makeover

Dengan pilihan warna oren..inilah hasilnya selepas zana dimakeover. Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan selamat pengantin baru kepada zana dan suami. semoga perkawinan yang dibina akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. terima kasih kerana menggunakan khidmat Andaman Qistina Balqis.

Majlis Persandingan Ina dan Pasangan

Salam kepada semua..hari jumaat, sabtu dan Ahad lepas (19,20,21hb Nov) mmg saya xmenang tangan dengan tempahan..sampai 3 tempat kena andam..nasib baik jarak antara satu sama lain dekat dan kebetulan ada pembantu yang sedia membantu..hari ni saya nak share hasil kerja tangan saya untuk majlis persandingan Ina dan pasangannya pada hari sabtu dan Ahad. Majlis berlangsung di jasin dan hanya selang berapa buah rumah dari rumah saya..

Ina Sebelum Make Over

on Going Make Over

Make Up Untuk Majlis pernikahan


Berdebar2 di majlis pernikahan

Acara outdoor pula berlangsung pada hari Ahad 21hb..jom kita lihat hasil kerja tangan saya untuk acara outdoor pula. Kredit kepada photographer of the day ms bojot.

Ina sedang bersiap sedia untuk persalinan

Dalam persalinan Jawa

Ina dan pasangan dalam tema Hijau Coklat

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan selamat pengantin baru kepada Ina dan Pasangan. Semoga Mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kepada yang berminat, boleh hubungi saya Nora - 017-6339359. Harga boleh dirunding bersesuaian dengan bajet anda. terbuka untuk Majlis pernikahan, persandingan, bertunang, atau apa jua function dengan harga dijamin murah dan berpatutan.

Sunday, November 7, 2010

Majlis Pertunangan Faiza

Wah..masih panas2 lagi entry ni ya..majlisnya pun baru berlangsung sebentar tadi..Majlis pertunangan Faiza yang manis di Kemendor..memilih warna merah putih yang paling top yang sentiasa menjadi pilihan para pelanggan Andaman Qistina Balqis. Jutaan terima kasih kami ucapkan. Yuk kita tgk hasilnya..

Sebelum dandanan..

Solekan untuk Faiza

Solekan serba ringkas untuk majlis pertunangan

Mini pelamin

Faiza dalam tema merah putih

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih khidmat kami. Semoga pihak Faiza berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.

Wedding Iena dan Wan

Lama x update blog..hari ni selepas balik dr mengandam untuk majlis pertunangan di kemendor baru sy berkesempatan nak berblogging..mengupdate mana yang patut..

kali ni sy nak paparkan hasil kerja tangan saya untuk majlis persandingan Iena dan Wan..Si Iena ni gadis tinggi lampai yang juga menggunakan khidmat sy semasa majlis pertunangannya..terima kasih sgt2 atas sokongan kepada Andaman Qistina Balqis..Gambar2 yang sy paparkan ni pun hasil ikhsan dari mr photographer ~ Shah Crazyphoto..Jadi, jum tengok2 hasilnya..

Tema pink putih dengan gabungan bunga segar untuk pelamin

Sekitar Outdoor Shooting

Iena dalam Persalinan

AndamanQistinaBalqis in Action..:)

Saya dan Iena

Sekitar majlis pernikahan

Saya dan dayang2..:)

Semasa majlis persandingan Iena dan Wan, pasangan ini memilih tema pink lembut dan malangnya saya xberkempatan nak amik gmbar2 semasa majlis persandingannya..tp di sini saya sertakan baju persalinannya yang berasaskan laces dan songket..mmg sgt2 cantik.

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan Iena dan Wan yang menggunakan khidmat Andaman Qistina Balqis dari majlis pertunangan hinggalah majlis penyatuan mereka berdua. Semoga mahligai yang di bina akan berkekalan hingga ke akhir hayat..InsyaAllah..