Tuesday, November 23, 2010

Majlis Persandingan Ina dan Pasangan

Salam kepada semua..hari jumaat, sabtu dan Ahad lepas (19,20,21hb Nov) mmg saya xmenang tangan dengan tempahan..sampai 3 tempat kena andam..nasib baik jarak antara satu sama lain dekat dan kebetulan ada pembantu yang sedia membantu..hari ni saya nak share hasil kerja tangan saya untuk majlis persandingan Ina dan pasangannya pada hari sabtu dan Ahad. Majlis berlangsung di jasin dan hanya selang berapa buah rumah dari rumah saya..

Ina Sebelum Make Over

on Going Make Over

Make Up Untuk Majlis pernikahan


Berdebar2 di majlis pernikahan

Acara outdoor pula berlangsung pada hari Ahad 21hb..jom kita lihat hasil kerja tangan saya untuk acara outdoor pula. Kredit kepada photographer of the day ms bojot.

Ina sedang bersiap sedia untuk persalinan

Dalam persalinan Jawa

Ina dan pasangan dalam tema Hijau Coklat

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan selamat pengantin baru kepada Ina dan Pasangan. Semoga Mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Kepada yang berminat, boleh hubungi saya Nora - 017-6339359. Harga boleh dirunding bersesuaian dengan bajet anda. terbuka untuk Majlis pernikahan, persandingan, bertunang, atau apa jua function dengan harga dijamin murah dan berpatutan.

Sunday, November 7, 2010

Majlis Pertunangan Faiza

Wah..masih panas2 lagi entry ni ya..majlisnya pun baru berlangsung sebentar tadi..Majlis pertunangan Faiza yang manis di Kemendor..memilih warna merah putih yang paling top yang sentiasa menjadi pilihan para pelanggan Andaman Qistina Balqis. Jutaan terima kasih kami ucapkan. Yuk kita tgk hasilnya..

Sebelum dandanan..

Solekan untuk Faiza

Solekan serba ringkas untuk majlis pertunangan

Mini pelamin

Faiza dalam tema merah putih

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih khidmat kami. Semoga pihak Faiza berpuas hati dengan khidmat yang diberikan.

Wedding Iena dan Wan

Lama x update blog..hari ni selepas balik dr mengandam untuk majlis pertunangan di kemendor baru sy berkesempatan nak berblogging..mengupdate mana yang patut..

kali ni sy nak paparkan hasil kerja tangan saya untuk majlis persandingan Iena dan Wan..Si Iena ni gadis tinggi lampai yang juga menggunakan khidmat sy semasa majlis pertunangannya..terima kasih sgt2 atas sokongan kepada Andaman Qistina Balqis..Gambar2 yang sy paparkan ni pun hasil ikhsan dari mr photographer ~ Shah Crazyphoto..Jadi, jum tengok2 hasilnya..

Tema pink putih dengan gabungan bunga segar untuk pelamin

Sekitar Outdoor Shooting

Iena dalam Persalinan

AndamanQistinaBalqis in Action..:)

Saya dan Iena

Sekitar majlis pernikahan

Saya dan dayang2..:)

Semasa majlis persandingan Iena dan Wan, pasangan ini memilih tema pink lembut dan malangnya saya xberkempatan nak amik gmbar2 semasa majlis persandingannya..tp di sini saya sertakan baju persalinannya yang berasaskan laces dan songket..mmg sgt2 cantik.

Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasangan Iena dan Wan yang menggunakan khidmat Andaman Qistina Balqis dari majlis pertunangan hinggalah majlis penyatuan mereka berdua. Semoga mahligai yang di bina akan berkekalan hingga ke akhir hayat..InsyaAllah..

Wednesday, October 13, 2010

Majlis Pertunangan -26 Sept 2010

Salam semua..di harap semua sihat2 belaka ye..alhamdulillah sejak lepas raya ni ade juga tempahan yang masuk..dan yang terbaru ada satu tempahan untuk majlis pertunangan di melaka. tp nama bakal pengantin ni boleh terlupa plak..

Si gadis lemah lembut ni seorang guru..dan kerana dia adik bongsu perempuan yang masih belum berkahwin, majlis pertunangannya ni pun dh ala2 org kawen..maklumla..disponsor kakak ipar..beruntungnya badan..jom kita jamu mata..

Sebelum



Selepas

Solekannya pun just simple2 je..sebab majlis pertunangan xsesuai sgt dengan solekan berat2.. Dek kerana berkenan dengan pelamin Umi dan Iwan sebelum ni, adik manis ni mntak kami buatkan pelamin yang sama untuk pertunangannya..

Kami di Andaman Qistina Balqis mendoakan yang terbaik untuk bakal pengantin kita ni. Pada 2 dan 3 hb Oct lepas ade dapat tempahan..tp belum kesempatan nak upload..gmbar ade dekat photographer..nnt bile dah dpt..akan saya upload.

Thanks pada semua yang menyokong Andaman Qistina Balqis..

Thursday, August 12, 2010

Persandingan Aza Dan Pasangan

Salam semua, hari ni saya nak upload sket gambar untuk majlis pernikahan dan persandingan Aza dan pasangannya di Serkam Melaka pada 31 July yang lepas. Alhamdullilah sume berjalan lancar. So mari kita lihat hasil kerja tangan saya =)

Wajah aza sebelum di Make Up.

Aza selepas di make over

Saya mengandam Aza untuk semasa majlis bertandang sebelah Malam, Siang sebelah lelaki dan perempuan dan majlis Akad Nikahnya. Aza ni manis orangnya. Kulit pun xbanyak masalah. Jadi kerja make up saya lebih mudah.

Sekitar Majlis Akad Nikah:


Sekitar Majlis Persandingan Sebelah Malam


Sekitar Majlis Persandingan Siang - Belah Pengantin Lelaki



Sekitar Majlis Persandingan Siang - Belah Pengantin Perempuan

Persalinan


Saya bersama Aza

Untuk pakej yang di ambil oleh Aza, hanya RM1600 sahaja dikenakan. Terima kasih kepada Aza kerana menggunakan khidmat Andaman Qistina Balqis. Kami di Andaman Qistina Balqis mengucapkan selamat pengantin baru, semoga kekal hingga ke anak cucu dan selamat berpuasa kepada semua umat islam.